Black G Officials

Badan cepat lesu & tak larat? Mungkin 5 punca anda buat tanpa sedar!

Letih adalah 1 keadaan normal untuk dialami lebih-lebih lagi selepas penat seharian bekerja. Namun jika kerap keletihan dan tenaga cepat hilang, mungkin ada faktor lain yang menjadi punca badan kelesuan yang anda hadapi. Jom ketahuinya lebih lanjut.

Kerap lesu dan letih

Sibuk dengan tugasan harian di tempat kerja, mahupun di rumah boleh menyebabkan kita keletihan.

Namun, jika anda selalu berasa kelesuan dan keletihan, walaupun pada hari yang anda tidak sibuk, atau pada ketika anda sedang bercuti, ia adalah sesuatu yang tidak normal. Pernahkah anda terfikir punca atau faktor punca kelesuan badan yang menyebabkan anda kerap lesu dan keletihan?

Punca kerap keletihan

  1. Tidur
Badan letih walaupun tidur berjam-jam

Dah tidur 7-8 jam sehari, tapi masih letih. Persoalan di sini, adakah tidur itu tidur yang berkualiti?

Tidak mendapat tidur yang berkualiti adalah salah satu punca yang jelas menyebabkan kelesuan. Badan anda melakukan pelbagai perkara ketika anda tidur termasuk menyimpan memori, melepaskan hormon yang mengatur tahap metabolisme tinggi dan tenaga anda.

Menurut American Academy of Sleep Medicine and Sleep Research Society, apabila mendapat tidur yang berkualiti, anda biasanya akan bangun dalam keadaan yang segar, bertenaga dan lebih fokus.

Apa yang penting, tidur itu haruslah tidak diganggu untuk membenarkan minda melalui 5 peringkat kitaran proses tidur. Malah, untuk mendapat tidur yang mencukupi, anda harus mengekalkan rutin tidur untuk membantu mencegah keletihan.

Untuk memperbaiki waktu dan kualiti tidur, sebaiknya anda tidur dalam tempoh yang sama setiap malam, bertenang sebelum tidur dan melakukan pelbagai aktiviti pada siang harinya.

Namun, seandainya, anda berasa sukar untuk tidur dan mengesyaki berkemungkinan anda mengalami gangguan tidur, berbincang dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan daripada pakar.

2. Senaman

Senaman mampu merangsang otak untuk merembeskan hormon endorfin,  iaitu  sejenis hormon yang turut dikenali dengan nama jolokan hormon kebahagiaan.

Ia akan meningkatkan keupayaan kita untuk menangani tekanan dengan lebih teratur termasuk mengurangkan tekanan kerja atau belajar.

Mereka yang kerap berjoging mempunyai tahap kerungsingan yang lebih rendah.

Satu kajian menunjukkan joging yang kerap boleh mengurangkan aktiviti reseptor serotonin yang yang berfungsi untuk mengawal emosi agar sentiasa stabil. 

  1. Makanan

Alahan atau mengalami tindak balas sensitif terhadap sesuatu makanan, boleh menjadi punca kepada masalah kerap keletihan yang anda hadapi.

Reaksi sensitif atau rintangan terhadap sesuatu makanan mungkin menyebabkan masalah seperti ruam gatal, masalah sembelit, hidung berair atau sakit kepala. Tetapi,ia turut boleh menyebabkan keletihan.

Jika anda mempunyai alahan, menurut kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine, semakin teruk alahan yang anda hadapi, semakin ia akan menjejaskan tidur anda.

Alahan menyebabkan sistem imun anda untuk ‘bekerja’ secara berlebihan yang akan menyebabkan keradangan kronik dan keletihan dan mungkin mengganggu pernafasan yang membuatkan anda berdengkur – menjadikan anda kerap terjaga pada waktu malam.

Malahan, pengambilan ubatan untuk merawat alahan seperti antihistamin juga mungkin boleh mengganggu corak tidur anda.

Jika sesetengah makanan mungkin membuatkan anda letih, cuba untuk berbincang dengan pakar pemakanan untuk menjalankan pemeriksaan lanjut untuk menguji sama ada anda mungkin ada alahan terhadap sesuatu makanan atau tidak.

  1. Tekanan

Adalah sesuatu yang normal untuk mempunyai tekanan dalam hidup.

Dan, sebenarnya tekanan ini membuatkan anda lebih berjaga dan dapat membantu untuk memberikan yang lebih baik dalam hidup anda seperti dalam tugasan kerja, temuduga – ianya memberikan sesuatu yang positif jika bersifat sementara.

Tetapi tekanan yang berlebihan atau kronik boleh menjejaskan tahap tenaga dan kualiti hidup anda – turut berhubung kait dengan keletihan.

Tekanan yang kronik boleh mendatangkan keletihan secara fizikal dan mental yang cenderung menyebabkan wujudnya masalah kesihatan lain.

Pelbagai situasi boleh menyebabkan tekanan – kerja, kewangan, perhubungan, kehidupan – ia takkan pernah berakhir. Bagaimana anda menghadapi tekanan boleh mempengaruhi tahap keletihan yang anda rasai. Jika anda merasa tertekan, anda boleh mencuba beberapa tip untuk menangani tekanan.

  1. Kesihatan

Masalah kesihatan dan perubatan, merupakan antara salah satu faktor yang boleh mengakibatkan anda kerap keletihan walaupun anda melakukan perubahan pada gaya hidup, bersenam, memperbaiki tahap tekanan dan mendapatkan tidur yang mencukupi.

Antara beberapa keadaan kesihatan yang menunjukkan keletihan sebagai salah satu simptomnya adalah seperti: anemia, tiroid yang tidak aktif, diabetes, kegelisahan, penyakit jantung, demam kelenjar, kehamilan serta kekurangan vitamin dan mineral.

Jika anda bimbang tentang keadaan ini, anda boleh berjumpa dengan doktor atau pakar perubatan untuk mendapatkan nasihat dan pemeriksaan lanjut tentang masalah ini, dengan kadar segera.

Jadikan Black G sebagai Supplemen harian anda

Salah satu cara yang boleh anda ikhtiar adalah mengambil supplemen tambahan. Jadikan supplemen Black G yang berasaskan ekstrak kunyit hitam sebagai makanan tambahan anda.

Ekstrak kunyit hitam yang tinggi dengan bahan Methoxyflavones sangat diperlukan oleh badan manusia untuk melawan penyakit. Bahan ini membantu menyokong antioksidan khas untuk memulihkan dan me

Antara salah satu khasiat lain kesihatan kunyit hitam yang tidak diketahui ramai adalah kebolehannya untuk menambah tahap tenaga.

Ia dapat meningkatkan jumlah pengambilan oksigen dalam badan dan meningkatkan penghasilan tenaga selular, dengan itu memberi rangsangan tambahan untuk orang yang memerlukan banyak tenaga terutama golongan atlet dan jugal orang yang berkerja berat.

Kebiasaannya Individu yang mengalami masalah kekurangan tenagaga akan akan mengalami keletihan melampau. Minum herba kunyit hitam atau kapsul kunyit hitam secara rutin, ia dapat masalah ini dengan lebih baik.

Produk rangkaian kunyit Hitam kajian saintis MARDI
Menjadi satu-satunya syarikat yang berkolaborasi bersama MARDI mengenai kunyit hitam
Dr Zuraida menunjukkan tisu kultur kunyit hitam yang dibiakkan untuk tujuan kajian
CEO Black G Tuan Haji Mohamad Bin Jusoh bersama Dr Zuraida menunjukkan produk hasil kolaborasi MARDI dan Black G Sdn Bhd
Keratan akhbar Sinar Harian berkaitan kolaborasi produk Black G

Black G Sdn Bhd adalah satu-satunya syarikat yang berkolaborasi dengan pihak MARDI kerana objektif utama syarikat adalah menginginkan orang ramai di luar sana mendapat kehidupan yang sihat melalui Nutraceutical iaitu makanan yang memiliki kajian serta dapat memberikan manfaat kebaikan kepada manusia.

Nak dapatkan produk Black? Klik di sini >> https://blackg.com.my/gaya-hidup-3/

Scroll to Top