Black G Officials

5 Khasiat Kunyit Hitam – Berdasarkan kajian Saintis MARDI

Terdapat dua jenis kunyit hitam iaitu Curcuma caesia dan Kaempferia pariflora.  Kedua-dua jenis kunyit hitam ini mempunyai pelbagai kelebihan masing-masing. Namun, artikel kali akan bincangkan kelebihan kunyit hitam Kaempferia pariflora kerana kunyit jenis ini yang pihak Black G gunakan sebagai asas rangkaian produk.  Kaempferia pariflora merupakan herba yang mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.

Di sebabkan khasiat kunyit hitam untuk kesihatan terlalu banyak, masyarakat tempatan secra tradisional menggunakannya untuk masalah berkaitan dengan kanser saraf, membina otot, mengurangkan migrain dan sebagainya.

Bagaimana pun kegunaan utama komponen dari kunyit hitam adalah untuk bahan mandian membersihkan badan dimana sejak dulu lagi telah popular dalam ‘Turkish Bath’. Walau pun kita di Malaysia agak kurang menanam dan mengenali kunyit jenis ini tetapi ramai orang yang memang mencari benihnya untuk ditanam bagi tujuan perubatan.

Kandungan bioaktif methoxyflavon dalam kunyit sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia bagi membantu mengurangkan terjadinya pelbagai masalah kesihatan kronik.

Pasukan saintis MARDI juga melakukan R&D dengan teliti selama lima tahun melakukan kajian keseluruhan untuk pembangunan produk kunyit hitam yang berkualiti bermula daripada penghasilan anak pokok kunyit hitam melalui kultur tisu.

Berikut adalah khasiat kunyit hitam untuk kesihatan:

1. Melancarkan peredaran darah

satu kajian telah menunjukkan bahawa kunyit hitam berpotensi menjadikan saluran darah menjadi lebih sihat. Saluran darah yang sihat bermaksud saluran darah yang anjal iaitu mampu untuk mengembang dan kembali ke bentuk asal berdasarkan aliran darah. Kunyit hitam mampu meningkatkan nitrik oksida iaitu molekul yang membolehkan saluran darah menjadi lembut dan anjal. Saluran darah yang anjal membolehkan aliran darah dalam badan menjadi lancar dan mengelakkan saluran darah daripada tersumbat.

2. Memulih dan meningkatkan tenaga

kunyit hitam mampu meningkatkan tahap tenaga. Tidak hairanlah kunyit hitam sangat popular dalam kalangan atlet sukan kerana membantu dalam menambahkan tenaga semasa latihan dan juga pertandingan. Kajian menunjukkan bahawa terdapat peningkatan penghasilan tenaga selepas 30 minit dan 60 minit pengambilan kunyit hitam.

Peningkatan penghasilan tenaga ini disebabkan oleh pengaktifan tisu adipos perang. Tisu adipos perang adalah lemak tisu yang diperlukan untuk penghasilan tenaga. Kadar metabolisma tubuh badan akan meningkat dan menghalang daripada peningkatan berat badan.

3. Melancarkan Haid

kunyit hitam mengandungi bahan semulajadi untuk melancarkan haid. Kunyit hitam mampu menormalkan jumlah darah yang keluar ketika haid, mengawal haid, menghindari warna-warna darah haid yang tidak normal dan masalah sindrom pra-haid seperti perut kembung.

Perubatan tradisional telah menggunakan kunyit hitam untuk melancarkan haid. Kunyit hitam akan dihiris nipis dan dimasukkan ke dalam periuk mengandungi air. Setelah air mendidih, air tersebut perlu diminum dan amalan ini perlu dilakukan setiap hari untuk mendapatkan kesan yang baik.

4. Anti-radang

Kunyit hitam yang tinggi bahan anti-radang iaitu kesan dalam melegakan kesakitan. Satu kajian telah dijalankan terhadap model haiwan untuk membuktikan kesan anti-radang kunyit hitam. Hasil kajian menunjukkan bahawa kunyit hitam mampu mengurangkan kesakitan sambil merawat punca radang/bengkak terhadap model haiwan itu. Selain itu, kajian itu menunjukkan bahawa kunyit hitam mengandungi kesan antipiretik (mengurangkan demam) kerana mampu mengurangkan suhu badan model haiwan yang tinggi.

5. Meningkatkan mood

Kunyit hitam dapat meningkatkan tahap dopamin supaya dapat membangkitkan perasaan yang ceria. Dopamin adalah hormon pengendali emosi yang dirembeskan semasa pengalaman positif seseorang. Tahap dopamin yang meningkat dapat memberikan perasaan bahagia dan gembira terhadap seseorang. Oleh itu, herba kunyit hitam sangat bagus untuk melawan penyakit kemurungan dan mengurangkan serangan rasa bimbang (anxiety). Kunyit hitam juga mampu membantu untuk mendapatkan tidur malam yang lebih nyenyak.

Satu kajian yang dijalankan terhadap rizom kunyit hitam menunjukkan bahawa komponen di dalam tumbuhan ini mampu melindungi fungsi otak daripada sebarang gangguan.

Black G vs MARDI

MARDI mempunyai kerjasama penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan syarikat Black G Sdn Bhd dalam menghasilkan produk makanan dan kesihatan berasaskan kunyit hitam (Kaempferia pariflora) berikutan perjanjian yang ditandatangani pada 2016.

Scroll to Top