Bayangkan di pagi hari anda berjalan menuju ke meja makan sebelum ke pejabat. Isteri anda sedang sediakan breakfast. Beliau hidangkan secawan kopi panas di depan anda. Anda angkat cawan kopi dan hirup kopi suam tersebut perlahan-lahan menikmati rasa selesa dan kesedapan kopi tersebut.
Wahhh! Sungguh nikmat perasaan minum kopi kan! Iya betul, kopi bukan saja sedap diminum malah mempunyai 1001 manfaatnya yang anda perlu tahu.
2 jenis kopi yang paling banyak dinikmati didunia adalah Robusta dan Arabica sebagai salah satu jenis kopi yang paling banyak dinikmati, kopi Arabica memiliki keistimewaan yang tersendiri
Kopi ini dianggap sebagai kopi tradisional dengan aroma dan cita rasa yang paling baik kerana kandungan kafeinnya rendah sehingga lazat untuk dinikmati dan Kopi Arabica adalah jenis kopi yang menguasai 80% pasaran kopi dunia.
Antara sebab kopi mempunyai manfaat yang perlbagai adalah kerana zat yang ada dalam kopi itu tadi, iaitu Kafein.
Tahukah anda Kafein mempunyai pelbagai manfaat? Jadi kenapa kita perlu minum kopi/kafein?