Pengambilan herba kunyit hitam sebagai makanan samada dalam bentuk hirisan atau supplemen tidak memberi kesan sampingan negatif. Namun, mengikut doktor Penyelidikan dan Pembangunan produk Black G Sdn Bhd, pengambilan kunyit hitam akan memberi kesan langsung kepada kepekatan darah iaitu darah akan lebih cair berbanding kebiasaan.
Situasi ini tidak merbahaya kepada individu amnya namun ianya akan merbahaya kepada individu yang bakal melakukan proses pembedahan yang pastinya melibatkan pendarahan. Pengguna dinasihatkan untuk menghentikan secara sementara dahulu daripada mengambil supplemen kunyit hitam bagi memberi laluan kepada pembedahan.
Hal ini kerana, pendarahan akan lebih laju berbanding kebiasaan kerana kepekatan darah adalah kurang seterusnya merisikokan nyawa pengguna untuk mengalami pendarahan yang tak terkawal.